Perlembagaan Persatuan Bahasa Inggeris

March 10th, 2017

Persatuan Bahasa Inggeris

Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang

PERLEMBAGAAN

 

PERKARA I

Fasal 1: Nama
1. Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Bahasa Inggeris.
 

PERKARA II

Fasal 1: Alamat
1. Alamat rasmi persatuan ini:-

Persatuan Bahasa Inggeris

Sekolah Menengah Perempuan China Pulau Pinang

2, Jalan Gottlieb

10350 Pulau Pinang.

 PERKARA III

Fasal 1:  Tujuan/ Objektif
 1. Untuk memperluas penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
2. Untuk memupuk minat pelajar dalam penggunaan Bahasa Inggeris.
 

PERKARA IV

Fasal 1: Keahlian
 1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah ini atau seperti yang disyaratkan oleh pihak sekolah.
2.  Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.
3.  Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam sesuatu keputusan.Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam sesuatu keputusan.
4. Menghadirikan diri dalam semua aktiviti persatuan ini. Ahli-ahli yang tidak hadir ke sebarang aktiviti persatuan ini selama 3 kali berturut-turut tanpa alasan munasabah akan digugurkan keahliannya.
5. Jika ahli menarik diri daripada menjadi ahli,  wang yurannya tidak akan dipulangkan.
 

PERKARA V

Fasal 1: Pentadbiran
1. Penaung- Pengetua

2. Penyelaras-PK HEP/ PK Kokurikulum

3. Penasihat- Guru yang dilantik okeh Pengetua

4. Ahli Jawatankuasa:

i. Pemilihan Ahli Jawatankuasa mesti dilantik dalam Mesyuarat Agung

Tahunan.

ii. Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada:

-Pengerusi

-Naib Pengerusi

-Setiausaha

-Penolong Setiausaha

-Bendahari

-Penolong Bendahari

-2 Ahli Jawatankuasa

iii. Tugas & tanggungjawab Ahli Jawatankuasa:

-Pengerusi akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa serta

mengawasi perjalanan persatuan ini.

-Naib Pengerusi akan membantu Pengerusi dalam hal persatuan dan

mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

-Setiausaha akan menguruskan segala surat-menyurat dan menyediakan

minit mesyuarat serta merekodkan semua aktiviti.

-Penolong Setiausaha menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan

memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

-Bendahari akan memungut segala bayaran ahli, mennyimpan akaun

persatuan serta menyediakan Penyata Kewangan Tahunan sebelum

mesyuarat agung.

-Ahli-ahli Jawatankuasa akan menolong dalam perjalanan persatuan.

 

PERKARA VI

Fasal 1: Kewangan
1. Yuran pendaftaran-RM 1.00
2. Yuran keahlian ditentukan oleh Bendahari ataupun Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
3. Objektif Tabungan:

-Kutipan yuran dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti

persatuan sahaja.

– Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain dari

mana-mana pihak.

4.  Kuasa meluluskan kewangan terletak di tangan Jawatankuasa Pusat.
 

PERKARA VII

Fasal 1: Peraturan
1. Peraturan Mesyuarat
– Mesyuarat Agung Tahunan diadakan pada satu tarikh yang sesuai (pada

pertengahan tahun) dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat dengan

persetujuan Guru Penasihat.

 

 

 

 

  • Comments(0)

Comments are closed.